Tuesday 14 November 2017

ANAK DAN SUAMI TIADA JASA.

Ibu, banyak jasanya buat kita. Tiada bisa dibilang bilang. Banyaknya seperti infiniti. 

Dari dalam perut kita sudah sukarkan dan susahkan ibu kita. Tapi ibu hanya menggosok lapisan perutnya. Hinggalah lahirnya kita memutuskan urat uratnya sampai dewasa. 

Banyak sekali jasa ibu.

Maka kita merenung seketika, tatkala jasa ibu begitu haibat, apakah pula balasan kita kepada mereka. 

Kita merenung dan terus merenung. Ternyata jawapannya, TIADA APA. Ya, jika kita tanya sama ibu kita mungkin jawapannya sama. TIADA APA. 

Begitu juga seorang lagi wanita, selepas ibu menjaga diri kita hingga dewasa sampailah masa diri kita dipindahjaga kepada isteri pula.

Isteri kita banyak juga jasanya. Keperluan peribadi kita, anak anak kita, baju kita, makanan kita, emosi kita, semuanya dijaga rapi. 

Banyak sekali jasa isteri kita. 

Maka kita merenung seketika, tatkala jasa isteri begitu haibat, apakah pula balasan kita kepada mereka. 

Kita merenung dan terus merenung. Ternyata jawapannya, TIADA APA. Ya, jika kita tanya sama isteri kita mungkin jawapannya sama. TIADA APA. 

Dua wanita cukup berjasa tapi kita tidak bisa membalasnya dengan apa apa. Ya, tiada apa imbalan yang mereka dapat dari kita. 

Bahkan karenah buruk kita mereka tahu, mereka simpan hanya di dada. Tiada dicerita pada siapa siapa, "anak aku begini begini..." atau "suami aku begitu begitu". 

Mereka uruskan sahaja kita tanpa banyak bicara. Kadang kadang kita pula yang banyak bicaranya. Letih mereka, mereka rasa tapi kita hanya tahu dan buat tak tahu. 

Letih kita? Ah, kita itu punya letih kah? 

Terkadang kita terfikir, ibu dan isteri itu tempat mereka sudah disyurga. Iya, jasa mereka begitu mulia dan sungguh banyak sekali. 

Kita pula entah bagaimana. Sudahlah tiada jasa, tiada apa apa sumbangan buat mereka. Asyik menadah sahaja menerima jasa mereka berdua. Aduh. 

Akhirnya  kita rasa kesedihan sendirian. 




No comments:

Post a Comment