Wednesday 26 August 2015

Pro M, Belum Bersedia.

27 Ogos 2015.

Kelihatannya Jentera PRK dari PRO MAHASISWA tidak bermaya, sedangkan Pro Aspirasi sudah punya calon PRK dan kini mereka bersibuk-sibuk dalam kem serta kursus khas.

Mahasiswa dari Pro M. Masih bermain apa?

Melihat kepada ketekunan dan kesungguhan Jentera pada fasa kini, secara peribadi, dapat dijangkakan bahawa Pro M hanya akan memenangi UIAM sahaja.

Persiapan, pengurusan, perancangan, strategi bertindak, kempen, media dan calon masih lagi samar dalam kelompok Pro M.

Mungkin PRK itu hanyalah satu medan untuk berKoKurikulum yang hanya perlu bermain-mainan bukan lagi satu medan peperangan untuk bermati-matian..

Saat ini, ku jangkakan PRK 2015 merupakan PRK yang paling perlahan dan sejuk.

Setiap hari Pro M dikejutkan dengan aktiviti dari Aspirasi. Cetak baju untuk Majlis Orientasi, Kursus Calon-Calon diluar negeri, tarikh PRK seusai masuk sem baru, dan pelbagai lagi kejutan dari Aspirasi.

Keadaan ini menggambarkan Aspirasi sudah lama bersedia dan kini mereka bertindak. Manakala Pro M, samaada masih tiada perancangan atau hanya menunggu masa untuk bertindak.

Secara peribadi mereka sebenarnya belum bersedia dalam merancang apatah lagi mahu bertindak.


Tuesday 25 August 2015

Pilihan Raya Kampus: Perang, Undi dan Persepsi


Pilihan raya kampus boleh diumpamakan seperti satu peperangan. Dahulu perang, akan menggunakan pedang untuk mematikan kekuatan musuh. Kini perang, akan menggunakan undi untuk mematikan fungsi yang dibawa oleh seorang MPP.

Konsepnya sama, yang kalah akan hilang fungsi untuk berkuasa.

Jika kita berpegang pada asas ini [PRK = Perang], maka persiapan kita juga mahunya seumpama tentera yang mahu berperang bermati-matian.

Jika kita berpegang pada asas PRK = KoKurikulum, maka persiapan kita hanyalah sekadar mahu bermain-mainan.

FOKUSNYA

Dulu, fokusnya pada pedang untuk mematikan. Kini fokusnya undi untuk menyah-fungsikan gerakan musuh. Pedang yang tajam dan hanyunan yang laju dan tepat akan menumbangkan lawan. Undi yang banyak dan sebaran maklumat [bentuk cara pandang] yang laju dan tepat kepada pengundi akan mengalahkan lawan.

Untuk dapatkan undi, persepsi mesti dibentuk. Perlawanan fizikal sudah kita tinggalkan. Kini perlawanan persepsi, siapa yang berjaya menjadikan dirinya di"ANGGAP" sebagai seorang yang bersih dan berkepimpinan akan diangkat.

Siapa yang berjaya menjadikan musuhnya di"ANGGAP" tiada kepimpinan dan balaci kepada mana-mana pihak yang tidak disukai, nescaya musuh itu akan tewas dalam tanggapan dan anggapan tadi. Persepsi.

Undi akan diperolehi dari persepsi yang baik. Persepsi yang baik itu diperolehi dari???

[akan bersambung...]